SwissTart Nutella


Swiss Tart Nutella

Bahan A

๐Ÿ’•250g butter/mentega (pure butter) - nak guna buttercup pun boleh.
๐Ÿ’•70g gula aising
๐Ÿ’•1 tsp esen vanilla

Bahan B

๐Ÿ’•190g tepung gandum
๐Ÿ’•150 tepung jagung
๐Ÿ’•25 gm susu tepung
๐Ÿ’•3 sudu besar coklat rice

Bahan C

๐Ÿ’•Nutella
๐Ÿ’•Almond Nib

Cara Penyediaan

๐Ÿง‘‍๐ŸณSatukan  bahan A dan kacau hingga sebati. Mak Long kacau dengan menggunakan senduk tak perlu kacau terlalu lama. 

๐Ÿง‘‍๐ŸณKemudian masukkan bahan B.  Mak Long mulakan dengan susu tepung. Kacau sekejap dan diikuti tepung jagung dan tepung gandum. Masukkan sedikit demi sedikit.Uli sehingga tidak melekat ditangan. Adunan memang agak lembik sedikit.

๐Ÿง‘‍๐ŸณKemudian masukkan coklat rice.  Coklat rice Mak Long bubuh 3 sudu besar sahaja. Nak bubuh lebih pun boleh tapi jangan banyak sangat nanti susah kita nak paipkan atas dulang.

๐Ÿง‘‍๐ŸณAmbil sedikit adunan masukkan dalam piping bag  dan paipkan adunan. Tekan sedikit ditengah-tengah menggunakan jari dan paipkan nutella. Selepas itu boleh taburkan dengan almond nib.

๐Ÿง‘‍๐ŸณMasukkan dalam oven dan bakar dalam oven menggunakan suhu 170'c selama 10 hingga 15 minit atau hingga masak. Ni kena ikut oven masing-masing ya.

Selamat Mencuba Dari Dapur Mak Long Ayu

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dari Mak Long dan keluarga.

Popular posts from this blog

Bread n butter pudding with sauce

Multigrain Bread

Thai Dish Menu