BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS

BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS

🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿🌿
BAHAN-BAHAN
250 gm mentega - Buttercup
3/4 cawan gula aising - lebihkan 1 cawan jika suka manis
1 st esen vanilla
100 gm cornflakes - ramas sedikit
50 gm chocolate chips
50 gm chocolate rice
50 gm almond slice
10 biji ceri merah - didadu kecil
Bahan yang diayak :
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
CARA-CARA
1) Masukkan mentega, gula aising dan esen vanila ke dalam mangkuk. Kacau sebati. Guna senduk kayu je. Jangan terlebih kacau nanti kembang setaman biskut.
2) Kemudian, masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Gaul sebati. Adunan memang sedikit lembik.
3) Tambahkan cornflakes, chocolate chips, chocolate rice, almond slice dan ceri merah. Gaul lagi sampai sebati.
4) Sapukan baking tray dengan sedikit mentega, nak lapik baking paper pon boleh.
5) Sudukan adunan biskut ke atas baking tray. Jarakkan mereka.
6) Sementara tu, panaskan oven 5-10 minit pada suhu 140'c. Suhu antara 140'c - 160'c (ikut oven masing-masing).
7) Bakar biskut selama 15-20 minit atau hingga keperangan.
😎 Bila dah masak, keluarkan biskut dan sejukkan di atas cooling rack sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Siap!
NOTA @tihiecikman
🔒 Boleh juga guna planta / mentega jenama lain.
🔒 Jika suka boleh golekkan biskut di dalam cornflakes hancur.
🔒 Jika tak suka manis boleh kurangkan penggunaan gula aising. Sebab dah masukkan pelbagai jenis coklat dan ceri so, biskut nie manis sedikit.
🔒 Biskut mula-mula masak memang lembut, biarkan sejuk. Baru biskut akan keras. Jangan tambah suhu sampai rentung biskut!
⭐ Credit to : Syuhada Cik Din
✌🏻 Olahan : tihiecikman

Popular posts from this blog

Bread n butter pudding with sauce

Multigrain Bread

Thai Dish Menu