Dough for Pie/Quiche/Karipap Bakar


Sesuai Untuk Pie, Quiche & Karipap Bakar .
===================================
•Untuk Pie, Quiche dan Karipap Bakar Dohnya Bersifat Masin . Bermakna Butter yamg akan diguna ialah Salted . Samaada anda pilih Pure Butter atau Pilih Lepa Susu Istimewa.
•Pilihan bergantung pada anda , ikut pasaran/ Permintaan .
500g Tepung Gandum
100g Self Raising
75g. Shortening
75g. Krimwell
100g. Buttercup Blok (Sejuk)
150g. Susu Penuh Krim
2 Biji. Kuning Telur (B)
•Hasil selepas Uli dapat 1050g -+
👩‍🍳Cara Ulian
•Boleh uli guna Tangan dan Guna Mixer .
Saya pilih Mixer ,Cepat .
Ingat ‼️tidak boleh Uli lama.
Caranya:
•Campurkan semua Tepung Gandum & Tepung SelfRaising iaitu Tepung Berserbuk Penaik. Diuli dalam 30saat.
•Selepas Itu Masukkan ButterCup Sejuk sedikit demi Sedikit hingga habis .
•Selepas itu diikuti dengan Shortening dan Creamwell.
•Masukkan Kuning telur .
•dan terakhir sekali Susu Penuh Krim (Sejuk) .Selepas masuk Susu uli sekejap saja , Doh akan nampak berderai dalam ketulan ketulan besar. Set!
•Keluarkan dari mangkuk dan perlu uli dengan tangan hingga bersatu .
•Aktiviti seterus ialah Mencanai Doh bergantung pada Jenis Pastry yang hendak dibuat terutama samada untuk Pie,Quiche atau Karipap Bakar .
✍️Pie & Karipap ketebalan Doh ialah 2mm
✍️Quiche pula ketebalan Doh ialah 3mm iaitu tebal sedikit & Kulitnya Perlu dibakar sekejap sebelum diletakkan Inti.
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


Popular posts from this blog

Bread n butter pudding with sauce

Multigrain Bread

Thai Dish Menu