RESEPI SEA SALT CHOC CHIP COOKIES



Bahan - bahan:

🌹2 ½ cawan tepung gandum
🌹1 cawan unsalted butter
🌹1 sudu teh soda bikarbonat
🌹½ cawan gula pasir
🌹1 cawan gula perang
🌹1 sudu teh esen vanilla
🌹2 biji telur, gred A
🌹2 cawan semi-sweet cip coklat
🌹Serpihan sea salt untuk taburan
Cara-cara:
1.Satukan tepung dan baking soda didalam mangkuk, kacau rata dan ayak.
2. Pukul gula pasir, gula perang dan mentega hingga kembang.
3.Masukkan telur satu persatu, dikuti dengan esen vanila.
4.Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit, gaulkan hingga semua tercampur rata.
5.Masukkan chocolate chips, kaup rata.
6.Balut adunan dengan wrap plastik, simpan di dalam peti ais selama 1 jam.
7.Ambil sedikit doh, susun diatas loyang yang dilapik dengan baking paper.
8.Bakar pada suhu 180°C selama 10-15 minit (mengikut ketuhar masing-masing).
9.Bakar sehingga hujung biskut agak kecoklatan dan tengahnya masih nampak lembut.
10.Semasa biskut masih panas dan lembut, cepat-cepat tambahkan sedikit cip coklat di atasnya dan taburkan sedikit serpihan sea salt.
11.Biarkan sehingga sejuk, simpan di dalam balang kedap udara.
Kredit nurul najiha md isa

Popular posts from this blog

Bread n butter pudding with sauce

Multigrain Bread

Thai Dish Menu