Cackey Pocket / Cake Sandwich / Cake Roll










CACKEY POCKET
================
BASE CAKE :
A)
▪️5 biji kuning telur (A)
▪️75 gram minyak masak
▪️42 gram susu full cream (susu kotak - pelbagai jenama)
▪️1 tsp esen vanilla
B) (AYAK)
▪️75 gram tepung superfine
▪️5 gram tepung susu (pelbagai jenama)
(C)
▪️5 biji putih telur (A)
▪️40 gram gula kastor
▪️ 1/2 tsp cream of tartar
(RUJUK VIDEO)
✅ Satukan bahan A dan pukul hanya menggunakan whisk,sebatikan sehingga tiada lagi takungan minyak yang timbul
✅ Ayak bahan B dan masukkan kedalam bahan A,kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung
✅ Bekas lain, masukkan bahan C,pukul putih telur hingga gebu dan memutih
✅ kemudian masukkan gula dan cream tartar pukul sehingga menjadi meringue yang gebu dan berkilat
✅ Campurkan Adunan C sedikit demi sedikit sehingga habis ke dalam adunan kuning telur
✅ kacau perlahan2 hanya menggunakan spatula,jangan terlebih kacau
✅ Masukkan adunan yg telah siap di dalam piping bag
✅ pipekan di atas kertas minyak yg telah di bulatkan (ketebalan rujuk gambar)
✅ Jangan hentak loyang,sebab kek akan mudah kecut
✅ Bakar selama 25 minit dengan suhu 170 celcius
✅ setelah habis dibakar, sejukkan dan ambil kek perlahan2 kerana bahagian bawah kek agak sedikit melekat pada kertas
✅ buang lebihan kek bahagian bawah
✅ terbalikkan dan letak atas papercup,bahagian bawah letak menjadi permukaan atas
✅ Pipekan filling cream sedikit membukit pada bahagian tengah kek
✅ lipat 2 kek bercantum dan susun dalam bekas
✅ letak topping dan hias mengikut kreativiti masing2
✅ sejukkan sebelum di hidangkan
✅ sejukkan dalam chiller dan letakkan dalam bekas bertutup
🔸1 ADUNAN : 27 pcs
🔸 SIZE BULATAN : 3"
🔸 SIZE PAPERCUP : 8/9
🔸 SUHU : 170 CELCIUS
🔸 MASA : 25 MINIT
🔸 KETAHANAN (SUHU BILIK) : 5-6 JAM (Bergantung jenis topping)
🔸 KETAHANAN (CHILLER) : 4-5 HARI (Bergantung jenis topping)
TIPS
📌 base kek yg baru siap di bakat perlu di rehatkan sekurang2nya 1 jam sebelum di lipat kerana apabila baru masak tekstur kek masi keras dan mudah patah
📌 Adunan tidak boleh dibiarkan lama selepas di adun kerana adunan akan mudah cair dan kek akan rosak tidak gebu
📌 perlu sediakan byk loyang utk 1 adunan (untuk yg mempunyai oven kecil)
📌 1 adunan perlu di pipe atas loyang sekali gus habiskan supaya tekstur gebu adunan akan kekal
📌 tidak digalakkan membuat banyak adunan klu tidak mempunyai oven yg besar
📌Untuk menghasilkan adunan yg gebu cantik,adunan tidak boleh terlebih kacau sbb adunan yang terlebih kacau akan mencair semula
📌 Untuk mendapat meringue yang cantik gebu pastikan telur yg di gunakan betul2 fresh/baru
📌 Pastikan tak ada sedikit pun kuning telur yang termasuk
📌 Boleh gunakan tepung jenis lain seperti tepung hong kong/tepung gandum
📌 tepung naik sendiri tidak boleh digunakan sebab resepi ini tidak menggunakan sebarang bahan penaik
📌 base cake boleh di buat sehari awal tetapi pastikan di tutup dengan plastik wrap supaya tak kering

FILLING (BASIC)
======
CREAM CUSTARD
=============
BAHAN :
▪️160 gram susu full cream (pelbagai jenama)
▪️ 80 gram instant custard powder
▪️ 220 gram non - dairy whipping cream (fresh cream) - pelbagai jenama (Vivo,Value Pride,Rich dan lain2)
✅ Pukul fresh cream sehingga kembang dan gebu
✅ Bekas lain satukan susu dan instant custart
✅ pukul kelajuan tinggi sehingga sebati dan adunan menjadi sedikit kembang dan pekat
✅ masukkan sedikit demi sedikit fresh cream ke dalam adunan custart dan sebati kan dengan mixer
✅ masukkan ke dalam piping bag dan letakkan ke dalam chiller sebelum di gunakan
📌 1 adunan filling dapat menghasilkan 28 - 30 pcs
📌 Ketahanan cream sahaja tanpa kek 1 minggu di dalam chiller
📌 instant custart powder berbeza dengan tepung custard
📌 instant custart mempunyai gula sedia ada
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
FILLING (PANDAN CUSTART)
=======================
▪️ 45 gram custart cream (yang telah siap - resepi di atas)
▪️1/2 tsp pandan coconut flavor / pewarna
✅ sebatikan dan letakkan ke dalam piping bag
📌 1 adunan hanya utk 3-4 pcs poket
=========================
GULA MERAH SYRUP
================
▪️ 50 gram gula merah hancur
▪️ 25 gram air biasa
▪️ sedikit garam
✅ Satukan ke semua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga berbuih
✅ Matikan api dan sejukkan sebelum di gunakan
📌 boleh menggunakan gula melaka/apong atau gula merah yang lain, bukan gula perang
========================
PENYEDIAAN (RUJUK VIDEO)
▶️ Pipekan filling cream bahagian tengah kek dan cantumkan
▶️ letakkan sedikit gula merah syrup pada atas cream
▶️ taburkan ROASTED COCONUT pada atas cream
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
FILLING (NUTELLA CUSTART)
=======================
▪️ 45 gram custart cream (yang telah siap - resepi di atas)
▪️1/2 tbsp NUTELLA
✅ sebatikan dan letakkan ke dalam piping bag
📌 1 adunan hanya utk 3-4 pcs
📌 Boleh gunakan spread hazelnut jenama lain ataupun choco spread
📌 Boleh tambah sedikit choco emulco untuk warna coklat gelap
==========================
PENYEDIAAN (RUJUK VIDEO)
▶️ Pipekan filling cream bahagian tengah kek dan cantumkan
▶️ Pipekan nutella di atas cream







Popular posts from this blog

Bread n butter pudding with sauce

Multigrain Bread

Thai Dish Menu