Banana Cake / Kek Pisang 2 Benua
Resipi credit from blog Nina Mirza
Kek Pisang Blend Moist Gebu Sedap
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
**ayak semua dan satukan**4 biji pisang berangan (kalau tak de, gantikan dengan pisang emas dalam 7-8 biji)
1 cawan minyak (nina guna minyak jagung)
1 cawan gula (nak lagi sedap separuh gula putih, separuh gula perang)
3 biji telur
** blend semua**Cara penyediannya
1-. Bahan tepung disatukan lalu diayak dan dimasukkan dalam bekas besar. Kemudian tuang bahan yang dah diblender ke dalam bekas tepung tadi.
2-. Kaup balik tepung dan bahan blender hingga sebati.
3-. Alaskan loyang dengan kertas minyak,(Nina pakai loyang petak size 8inch). Tuangkan adunan dan bakar pada suhu 170c selama 1jam atau sehingga kek masak. Cucuk tengah dengan lidi (kalau lidi bersih tanda kek dah masak) . Kalau kukus, dalam 45 minit.
4-. Dah sejuk sedia dihidangkan…
Resepi kek pisang 2 benua
Bahan A
1 cawan gula perang atau putih atau kombinasi
4 biji telur gred A/B
Bahan B
6-7 biji pisang emas (kalau guna pisang berangan kurangkan kuantitinya)
1 cawan minyak masak atau mentega/margerin cair
Sedikit esen pisang - optional
Bahan C
Ayak
2 cwn tepung gandum*
1 1/2 sk baking powder*
1/2 sk soda bikarbonat*
Cara membuatnya
Kisar gula + telur sampai kembang.
Dalam mangkuk/besen lenyek pisang.
Tuang minyak dan gaul rata.
Tuangkan adunan pisang dan gaul rata.
Masukkan adunan tepung, soda bikarbonat dan bking powder yang telah di ayak tadi ke dlm adunan telur. Kaup balik hingga sebati.
Bahagi 2 adunan jika suka. 1 bahagjan diletakkan 1 sb serbuk koko. Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan dialas baking paper. Atau taburkan jika tidak mahu letak serbuk koko boleh taburkan 2 jenis kelainan ikut citarasa sendiri...coklat chip, coklat rice, white chip, pisang, cheese, badam atau apa2 (contoh sebelah tabur cheese sebelah lagi choc chips)
Bakar suhu 170 selama 45 minit atau sehingga masak. Sejukkan di atas redai sebelum dipotong.
Selamat mencuba