Tapak Kuda Ondeh-ondeh




 TAPAK KUDA ONDE-ONDE

=====================
KEK :
(A)
▪️3 biji telur (A - kuning dan putih)
▪️2 biji kuning telur (A)
▪️65 gram gula icing
▪️1 tsp esen vanilla
▪️23 gram ovallete
(B)
▪️60 gram tepung hongkong
▪️10 gram serbuk creamer (coffee mate atau pelbagai jenama)
▪️4 gram baking powder
(C)
▪️70 gram butter cair (Anchor pure butter)
(D)
▪️1/2 tbsp choco emulco
(E)
▪️1/2 tbsp Coconut Pandan Flavor/pewarna
(RUJUK VIDEO)
✅ Masukkan Bahan A pukul hingga gebu dan memutih
✅ Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan A,sebatikan
✅ Asingkan sedikit adunan ke dalam bekas lain dan masukkan bahan C,sebatikan sehingga tiada takungan butter cair lagi
✅ Satukan campuran bahan C tadi ke dalam adunan putih dan sebatikan hanya menggunakan spatula
✅ Asingkan sedikit adunan dalam bekas lain berat 160 gram dan letakkan bahan D,sebatikan hanya menggunakan whisk
✅ Letakkan bahan E ke dalam adunan putih, sebatikan
✅ Masukkan ke dalam piping bag
✅ Sediakan loyang yang telah beralaskan kertas minyak dan telah digris dengan butter/minyak bahagian tepi loyang
✅ Tuangkan adunan coklat dan ratakan
✅ Pipekan adunan pandan atas adunan coklat perlahan-lahan dan ratakan
✅ hentakkan loyang supaya tiada lagi ruang2 udara kosong bahagian dalam adunan
✅ bakar kek selama 35 minit dengan suhu 170/180 celcius (bergantung oven masing2)
✅ Setelah kek masak sejukkan hanya 30 minit dan terbalikkan atas plastik wrap
✅ sejukkan lagi dalam 15-20 minit kemuadian kek di belah 2 bahagian,potong sekali plastik wrap bahagian tengah
✅ pipekan filling cheese hanya separuh permukaan atas kek (filling biar sedikit tebal)
✅ letakkan filling kelapa gula merah pada bahagian tengah dan pipekan lagi sedikut cteam cheese di atas kelapa
✅ gulung kek seperti dalam video, bercantum 2
✅ buka 1 lagi gulungan plastik wrap dan letak kertas doillie pada bahagian tengah kek dan gulung kek dengan plastik tersebut
✅ ketatkan plastik bahagian tepi dan selotapkan
✅ sejukkan dalam chiller sebelum di potong
🔹 LOYANG : 10" (SQUARE)
🔹 SUHU : 170/180 CELCIUS
🔹 MASA : 35 MINIT
🔹 KETAHANAN KEK (CHILLER) : 1 MINGGU (BERGANTUNG JENIS FILlING)
🔹 KETAHANAN KEK (FREZZER) : 2-3 MINGGU (BERGANTUNG JENIS FILLING
🔹 1 BOTOL NUTELLA (200 gram) : 1 LOYANG KEK (2 roll) - 1 ROLL 100 gram NUTELLA
🔹 1 ADUNAN : 2 ROLL KEK
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
CREAM CHEESE FILLING
===================
BAHAN :
▪️180 gram Value Pride Non-Dairy Whipping cream (Fresh Cream - Pelbagai jenama)
▪️250 gram cream cheese (pelbagai jenama)-lembutkan suhu bilik
▪️80 gram susu pekat (pelbagai jenama)
▪️1 tsp esen vanilla
✅ Pukul fresh cream sehingga gebu dan kembang
✅ Bekas lain Satukan cream cheese,susu pekat dan eswn vanilla
✅ Pukul adunan hingga sebati
✅ Masukkan fresh cream yang telah di pukul tadi sedikit demi sedikit
✅ pukul hingga betul2 sebati
✅ masukkan ke dalam piping bag dan letakkan dalam chiller sebelum di gunakan
📌 Pastikan fresh cream betul2 sejuk sebelum di pukul
📌 1 Adunan Filling boleh menghasilkan 6 roll kek (3 loyang)
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
KELAPA GULA MERAH
=================
BAHAN :
▪️35 gram gula merah
▪️40 gram kelapa parut putih
▪️20 gram air biasa
▪️1/2 tsp garam halus
✅ masukkan kesemua bahan kecuali kelapa parut
✅ masak sehingga sedikit pekat dan mendidih
✅ kemudian masukkan kelapa parut dan sebatikan
✅ masak sehingga air menjadi sedikit kering
✅ matikan api dan sejukan pada suhu bilik sebelum digunakan
📌 Boleh menggunakan gula merah jenis lain seperti gula melaka/gula apong
📌 1 Adunan : 2 roll kek
➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
TIPS
📌proses penyejukkan kek yang baru masak tidak boleh melebihi 1 jam, kerana kek akan mudah kering dan pecah ketika digulung
📌 suhu oven jangan terlalu tinggi,akan menyebabkan kek kering
📌 Bole menggunakan tepung gandum/tepung kek/tepung superfine
📌 Tepung naik sendiri juga bole di gunakan tetapi skip bahan penaik (baking powder)
📌 Pastikan kek betul2 sejuk dan cream tidak lembik sebelum dipotong
📌 Boleh menggunakan gula kastor selain gula icing. Gula biasa tidak sesuai sbb kasar dan tidak mudah hancur
📌 semasa perisa /pewarna di letakkan dalam adunan sebaiknya hanya kacau menggunakan spatula,jika menggunakan mixer pastikan kelajuan rendah dan jgn terlebih adun,hanya sekejap sagaja

Popular posts from this blog

Bread n butter pudding with sauce

Multigrain Bread

Thai Dish Menu