Tapak Kuda Nutella (basic recipe)




 TAPAK KUDA NUTELLA (BASIC RECIPE)

================================
KEK :
(A)
▪️3 biji telur (A - kuning dan putih)
▪️2 biji kuning telur (A)
▪️65 gram gula icing
▪️1 tsp esen vanilla
▪️23 gram ovallete
(B)
▪️60 gram tepung hongkong
▪️10 gram creamer (Coffee Mate)
▪️4 gram baking powder
(C)
▪️70 gram butter cair
(D)
▪️1/2 tbsp choco emulco
(E)
▪️200 gram nutella (1 botol kecil)
(RUJUK VIDEO)
✅ Masukkan Bahan A pukul hingga gebu dan memutih
✅ Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan A,sebatikan
✅ Asingkan sedikit adunan ke dalam bekas lain dan masukkan bahan C,sebatikan sehingga tiada takungan butter cair lagi
✅ Satukan campuran bahan C tadi ke dalam adunan putih dan sebatikan hanya menggunakan spatula
✅ Asingkan sedikit adunan dalam bekas lain berat 160 gram dan letakkan bahan D,sebatikan hanya menggunakan whisk
✅ Masukkan adunan putih ke dalam piping bag
✅ Sediakan loyang yang telah beralaskan kertas minyak dan telah digris dengan butter/minyak bahagian tepi loyang
✅ Tuangkan adunan coklat dan ratakan
✅ Pipekan adunan putih atas adunan coklat perlahan-lahan dan ratakan
✅ hentakkan loyang supaya tiada lagi ruang2 udara kosong bahagian dalam adunan
✅ bakar kek selama 35 minit dengan suhu 170 celcius (bergantung oven masing2)
✅ Setelah kek masak sejukkan hanya 30 minit dan terbalikkan atas plastik wrap
✅ sejukkan lagi dalam 15-20 minit kemuadian kek di belah 2 bahagian,potong sekali plastik wrap bahagian tengah
✅ pipekan nutella hanya separuh permukaan atas kek (filling biar sedikit tebal)
✅ gulung kek seperti dalam video, bercantum 2
✅ buka 1 lagi gulungan plastik wrap dan letak kertas doillie pada bahagian tengah kek dan gulung kek dengan plastik tersebut
✅ ketatkan plastik bahagian tepi dan selotapkan
✅ sejukkan dalam chiller sebelum di potong
🔹 LOYANG : 10" (SQUARE)
🔹 SUHU : 170/180 CELCIUS (Bergantung oven masing2)
🔹 MASA : 35 MINIT
🔹 KETAHANAN KEK (CHILLER) : 1 -2 MINGGU (BERGANTUNG JENIS FILlING)
🔹 KETAHANAN KEK (FREZZER) : 2-3 MINGGU (BERGANTUNG JENIS FILLING
🔹 1 BOTOL NUTELLA (200 gram) : 1 LOYANG KEK (2 roll) - 1 ROLL 100 gram NUTELLA
🔹 1 ADUNAN : 2 ROLL KEK
‼️TIPS PENTING UNTUK MENGHASILKAN KEK YANG CANTIK‼️
=========================================
📌 proses penyejukkan kek yang baru masak tidak boleh melebihi 1 jam, kerana kek akan mudah kering dan pecah ketika digulung
📌Elakkan kek yg telah masak terdedah dengan angin terlalu lama tanpa di tutup,kerana kek akan mudah mengering dan keras
📌 suhu oven jangan terlalu tinggi,akan menyebabkan kek kering dan mudah pecah semasa mengulung
📌 Bole menggunakan tepung gandum/tepung kek/tepung superfine
📌 Tepung naik sendiri juga bole di gunakan tetapi skip bahan penaik (baking powder)
📌 Pastikan kek betul2 sejuk dan cream tidak lembik sebelum dipotong
📌 Boleh menggunaka spread hazelnut jenama lain atau spread coklat
📌 pastikan cream gilling sediakan awal2 dalam piping bag,sejuk je kek terus gulung
📌 Untuk hasil yg bagus guna loyang 10 " untuk 1 adunan,ketebalan amat sesuai dan mudah di gulung.
📌 Boleh menggunakan gula kastor selain gula icing. Gula biasa tidak sesuai sbb kasar dan tidak mudah hancur

Popular posts from this blog

Bread n butter pudding with sauce

Multigrain Bread

Thai Dish Menu