(RUJUK VIDEO)

Masukkan Bahan A pukul hingga gebu dan memutih

Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan A,sebatikan

Asingkan sedikit adunan ke dalam bekas lain dan masukkan bahan C,sebatikan sehingga tiada takungan butter cair lagi

Satukan campuran bahan C tadi ke dalam adunan putih dan sebatikan hanya menggunakan spatula

Asingkan sedikit adunan dalam bekas lain berat 160 gram dan letakkan bahan D,sebatikan hanya menggunakan whisk

ambil 2-3 tbsp adunan putih dan campurkan sedikit choco emulco dan simpan dalam piping bag

Masukkan adunan putih ke dalam piping bag

Sediakan loyang yang telah beralaskan kertas minyak dan telah digris dengan butter/minyak bahagian tepi loyang

Tuangkan adunan coklat dan ratakan

Pipekan adunan putih atas adunan coklat perlahan-lahan dan ratakan

hentakkan loyang supaya tiada lagi ruang2 udara kosong bahagian dalam adunan

Pipekan adunan coklat pada atas adunan putih, hias mengikut kreativiti masing2

bakar kek selama 35 minit dengan suhu 170/180 celcius (bergantung oven masing2)

Setelah kek masak sejukkan hanya 30 minit dan terbalikkan atas plastik wrap

sejukkan lagi dalam 15-20 minit kemuadian kek di belah 2 bahagian,potong sekali plastik wrap bahagian tengah

pipekan nutella pada permukaan atas kek ratakan (filling biar sedikit tebal)

letak coklat d bahagian tengah

gulung kek seperti dalam video, bercantum 2

buka 1 lagi gulungan plastik wrap dan letak label coklat pada bahagian tengah kek dan gulung kek dengan plastik tersebut

ketatkan plastik bahagian tepi dan selotapkan

sejukkan dalam chiller sebelum di potong
TIPS

proses penyejukkan kek yang baru masak tidak boleh melebihi 1 jam, kerana kek akan mudah kering dan pecah ketika digulung

Elakkan kek yg telah masak terdedah dengan angin terlalu lama tanpa di tutup,kerana kek akan mudah mengering dan keras

suhu oven jangan terlalu tinggi,akan menyebabkan kek kering

Bole menggunakan tepung gandum/tepung kek/tepung superfine

Tepung naik sendiri juga bole di gunakan tetapi skip bahan penaik (baking powder)

Pastikan kek betul2 sejuk dan cream tidak lembik sebelum dipotong

Boleh gunakan pelbagai jenis coklat utk filling

Boleh menggunakan spread hazelnut jenama lain atau spread coklat lain

Boleh menggunakan gula kastor selain gula icing. Gula biasa tidak sesuai sbb kasar dan tidak mudah hancur